Tulis Ajelah Apa-Apa by Eiza Zahar
Sunday, February 16, 2014
Dah masuk minggu ketiga dalam bulan Februari tahun 2014. Ini bermakna aku dah beroperasi di ofis ni selama 36 hari tidak termasuk hari cuti yang memang SANGATTT banyak masa bulan januari hari tu….Alhamdulillah saya sangat sangat bersyukur kerana telah dipertemukan dengan ceo syarikat ni, seorang yang agak warak orangnye, lembut berbiacara tetapi tegas dan berpendirian, sebab tu lah dia ceo kan…..syarikat yang dibinanya dah masuk 5 tahun dan mula beroperasi di Kota Kinabalu Sabah. Dia seorang yang mementingkan result. Tak kisah macam mana nak buat assignment yang diberi, janji resultnya as expected. Alhamdulillah, setakat ini berasa senang bekerja di sini, tambahan pula dapat sentiasa bersama suami tercinta. Saya doakan moga2 syarikat ini terus maju dan jenama yang dibinanya suatu hari nanti akan melekat di bibir dan minda orang ramai baik di negara ini seterusnya di peringkat antarabangsa, inshaAllah.
Ingin juga saya kongsikan di tengahari Isnin yang tenang ini dengan sebuah kisah yang sangat2 memberi peringatan dan pengajaran tentang besarnya pahala bersedekah…… baca-bacakan & selamat beramal…..
SEPOTONG ROTI PENEBUS DOSA
Abu Burdah bin Musa Al-Asy’ari meriwayatkan, bahwa ketika menjelang wafatnya Abu Musa pernah berkata kepada puteranya: “Wahai anakku, ingatlah kamu akan cerita tentang seseorang yang mempunyai sepotong roti.”
Dahulu kala di sebuah tempat ibadah ada seorang lelaki yang sangat tekun beribadah kepada Allah. Ibadah yang dilakukannya itu selama lebih kurang tujuh puluh tahun. Tempat ibadahnya tidak pernah ditinggalkannya, kecuali pada hari-hari yang telah dia tentukan. Akan tetapi pada suatu hari, dia digoda oleh seorang wanita sehingga diapun tergoda dalam bujuk rayunya dan bergelimang di dalam dosa selama tujuh hari sebagaimana perkara yang dilakukan oleh pasangan suami-isteri. Setelah ia sadar, maka ia lalu bertaubat, sedangkan tempat ibadahnya itu ditinggalkannya, kemudian ia melangkahkan kakinya pergi mengembara sambil disertai dengan mengerjakan solat dan bersujud.
Akhirnya dalam pengembaraannya itu ia sampai ke sebuah pondok yang di dalamnya sudah terdapat dua belas orang fakir miskin, sedangkan lelaki itu juga bermaksud untuk menumpang bermalam di sana, karena sudah sangat letih dari sebuah perjalanan yang sangat jauh, sehingga akhirnya dia tertidur bersama dengan lelaki fakir miskin dalam pondok itu. Rupanya di samping kedai tersebut hidup seorang pendita yang ada setiap malamnya selalu mengirimkan beberapa buku roti kepada fakir miskin yang menginap di pondok itu dengan masing-masingnya mendapat sebuku roti.
Pada waktu yang lain, datang pula orang lain yang membagi-bagikan roti kepada setiap fakir miskin yang berada di pondok tersebut, begitu juga dengan lelaki yang sedang bertaubat kepada Allah itu juga mendapat bahagian, karena disangka sebagai orang miskin. Rupanya salah seorang di antara orang miskin itu ada yang tidak mendapat bahagian dari orang yang membahagikan roti tersebut, sehingga kepada orang yang membahagikan roti itu ia berkata: “Mengapa kamu tidak memberikan roti itu kepadaku.” Orang yang membagikan roti itu menjawab: “Kamu dapat melihat sendiri, roti yang aku bagikan semuanya telah habis, dan aku tidak membagikan kepada mereka lebih dari satu buku roti.” Mendengar ungkapan dari orang yang membagikan roti tersebut, maka lelaki yang sedang bertaubat itu lalu mengambil roti yang telah diberikan kepadanya dan memberikannya kepada orang yang tidak mendapat bahagian tadi. Sedangkan keesokan harinya, orang yang bertaubat itu meninggal dunia.
Di hadapan Allah, maka ditimbanglah amal ibadah yang pernah dilakukan oleh orang yang bertaubat itu selama lebih kurang tujuh puluh tahun dengan dosa yang dilakukannya selama tujuh malam. Ternyata hasil dari timbangan tersebut, amal ibadat yang dilakukan selama tujuh puluh tahun itu dikalahkan oleh kemaksiatan yang dilakukannya selama tujuh malam. Akan tetapi ketika dosa yang dilakukannya selama tujuh malam itu ditimbang dengan sebuku roti yang pernah diberikannya kepada fakir miskin yang sangat memerlukannya, ternyata amal sebuku roti tersebut dapat mengalahkan perbuatan dosanya selama tujuh malam itu. Kepada anaknya Abu Musa berkata: “Wahai anakku, ingatlah olehmu akan orang yang memiliki sebuku roti itu!”
Monday, February 10, 2014
Just to say HI!
Saya dah lama nak menulis. Teringin nak menulis macam orang lain yang dah pun popular dengan penulisan mereka baik online mahupun offline.
Hari ni saya cuba untuk mula menulis. Terinspired dari artikel tentang seorang blogger yang baru say abaca dari akhbar Kosmo sebentar tadi.
Cuma saya tak tahu nak tulis pasal apa. Saya bukannya orang yang banyak sangat ilmu, banyak idea dan pandai sangat menulis. Tapi saya rasa macam seronok je jadi penulis ni kan.
#
Buktinya, saya pernah beli buku nak jadi penulis, macam mana nak menulis beberapa tahun yang lalu…rasanya mungkin dah lebih 10 tahun. Tapi takde apa pun yang terjadi, malah saya tak pernah pun menulis apa-apa (kecuali yang berkaitan dengan kerja & bisnes) sehinggalah hari ni, ye sehingga sekarang anak pun dah masuk 4 bulan usianya...huhu…
#
Takpe. Janji hari ni dalam sejarah, saya curi masa sikit untuk menulis. Nak tulis pasal apa ye. Emm pasal politik, tak berapa nak pandailah. Yang tu biar professional je yang tulis. Pasal kewangan? Hmm.. mungkin boleh kongsi beberapa pengalaman pahit manis saya tentang kewangan dalam hidup saya.
#
So hari ni saya cuma nak say HI je lah pada bidang penulisan & dunia blogging….hehe….tak lah mengharap untuk jadi sefamous Hanis Zalika, BeautifulNara dan yang sewaktu dengannya, tapi cukup sekadar nak isi masa lapang dan masa kekeringan idea untuk dijana atas kertas kerja dan yang sewaktu dengannya macam sekarang.
#
Ok cukup dulu hari ni, saya kena sambung kerja dulu. Lama-lama nanti “mengular”nye ni, tak berkat gaji ye. Huhu….bos maafkan saya, saya ganti balik masa ni k ;)
Subscribe to:
Posts (Atom)
